Monday, September 1, 2014

Salam Kemerdekaan

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 57 tahun Malaysia tercinta.
Kau dijajah selama 446 tahun oleh kuasa kuasa besar seperti Portugis, Belanda, British, Siam dan Jepun.
Perubahan berlaku dimana sumber bumi dan juga naskah nashkah sejarah, tulisan tulisan ilmuan, serta kekayaan di bumi tercinta disedut dan di bawa balik ke negara kuasa jajahan yang menjajah.
Kuasa mutlak raja raja diganti dengan sistem berparlimen.
Penduduk asal yang majoritinya kaum melayu kini menjadi sebuah negara berbilang kaum.
Dasar pecah dan perintah yang diamalkan pada zaman pendudukan British di tanah Melayu masih dilihat kekal walaupun telah lama kita mengecap kemerdekaan.
Pelbagai halangan dan rintangan berlaku tetapi kau, Malaysiaku tetap mara bangun maju ke hadapan bersama anak bangsamu!
Semoga kau terus bangun, berdiri megah, semegah kibaran jalur gemilang!

Selamat Hari Merdeka Malaysiaku!
Aku bangga lahir di bumi bertuah ini!

Semangat patriotik tak? Hahaha antara subjek kegemaran time mengajar adalah Pengajian Malaysia dan aku memg suka korek korek asal usul sejarah, bnyak percanggahan dengan apa yang kita belajar di sekolah tapi aku masih mengajar berdasarkan sistem silibes yang ditetapkan tak nak anak anak didik corrupted otaknya mcm aku. Apabila tahu terlalu banyak informasi, kita tak pasti mana yang betul dan mana satu salah. Tapi aku tetap cintakan sejarah melayu lama dimana indahnya bahasanya, kayanya seninya, cantiknya budayanya dan aku tetap mengikut dan masih cuba mendalami sejarah secara sedalam yang mungkin!

Tanggal 31 Augus 2014, untuk pertama kali aku ke Dataran Merdeka bersama adik bujan saya dan juga ditemani adik bujang si dia, untuk pertama kalinya aku tengok live perbarisan kemerdekaan! Sangat menarik dan yang lebih menarik apabila si dia menyertai perbarisan tersebut!
Dia kan tengah dalam kem berkursus selama dua bulan dan tak boleh keluar dan kesempatan ini dapat jumpa si dia walau hanya selama kurang dari 5 minit dah cukup besar tuah.

Jaga diri kesayangan adinda, ada lagi 39 hari sebelum kanda dibenarkan pulang dan ada lagi 40 hari sebelum kita diikat secara adat, secara fiqhnya kita sudah terikat. Mungkin dari segi angka agak sedikit tetapi bagi kami yang menunggu sangatlah lama! Semoga urusan kita dipermudahkan!





No comments:

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...