Tuesday, July 8, 2014

Stop complaining, be more grateful in life

Untuk kesekian kalinya, aku mengamuk pada student aku.
Setiap semester aku ckp aku tak nak jadi lecturer yang aktif dan nak berubah kepada pasif kerana kecewa dengan management kat sini tapi setiap sem juga aku antara yang aktif. Mungkin kerana itu adalah sifat semula jadi aku yang sentiasa cuba buat yang terbaik dan kesiankan student aku. Tetapi persoalannya, adakah mereka pernah kesiankan aku?

Untuk semester ini aku menjadi lebih garang,strict dan kerek dari sebelumnya, aku memantau ketat tentang kehadiran student dan tidak sesekali menerima surat bertulis sendiri hanya menerima MC yg sah dr klinik dan hospital. Okey, satu issue lagi timbul bila student ckp mereka tiada duit utk ke klinik hanya ada duit untuk ke klinik 1 Malaysia dan malangnya klinik tersebut tidak member MC, jd aku meminta resit ubat sbb ada tarikh kat situ, bukti mereka ambil ubat dan memang sakit.

Ketua Program aku meminta aku kesan problematic student, katanya. Tetapi apabila aku beritahu dia tentang problem student ni, dia ckp semua atas aku dan bila ada masalah aku pulak yang kena. Itu aku  sangatlah kecewa. Belum masuk aku kena luluskan student sbb takut bila xde student nanti kolej xdpt bayaran dari PTPTN. Senario kat sini adalah dimana student yang layak digagalkan tapi terpaksa diluluskan akibat arahan dari pihak atasan. Aku kecewa!

Tapi mama pujuk aku dengan cakap dari satu segi aku telah menolong menyelamatkan masa depan seorang manusia. Ya, mungkin betul! Tetapi adakah pelajar pelajar 'manja' ini tahu bahawa betapa kejamnya kehidupan di dunia sebenar? Mereka tahu bahawa kolej perlu meluluskan mereka jadi mereka tak takut pada kami yang menjadi lecturer. Dan untuk hari ini, aku mengamuk lagi untuk kelas yang sama. Aku kecewa, anak bangsa aku yang buat masalah.

Aku cuba dalam setiap daya aku untuk menolong mereka tapi apakan daya mereka sendiri tidak mahu ditolong. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah terus bersabar dan berusaha menolong mereka. Aku kadang kadang ada perasaan tak redha pada mereka atas ilmu yang diajar tapi layak kah aku menghukum mereka? Aku juga manusia yang banyak berbuat salah, aku hidup lebih lama dari mereka dan itu bukan tiket aku untuk menghukum mereka,  mungkin dosa yang aku tanggung lebih banyak dari mereka, hanya Allah yang tahu.

Aku memilih untuk menjadi tenaga pengajar kerana minat aku, aku sangat mencintai kerjaya aku sebagai tenaga pengajar walau aku kecewa dengan sistem management di sini dan juga attitude pelajar. Tetapi aku masih tetap disini walau pernah ada tawaran yang lebih baik tetapi bila memikirkan aku harus meninggalkan pelajar - pelajar di sini pada pertengahan semester, hati aku lembut kembali dan in the end,i just continue dealing with the same shit every single day.

Aku mencintai kerjaya ini, aku tak tahu apa aku akan buat kalau aku berenti menjadi pendidik, aku tahu aku ada PR skill dan juga I'm good in handling people which I get this because I've been in hospitality front line for a few years and handling guest is a very tough thing to do but when I've become a lecturer, I really enjoy my job. So what I can do at this moment is continue life and stop complaint! Well, afterwords... Alhamdulillah aku masih diberikan rezeki dari Allah SWT

Stop complaining, be more grateful in life.....kan?

Erza Ibrahim

1 comment:

Erza Ibrahim said...

I will! Terima kasih :)

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...