MELAYU, bangsa yang cukup sinonim dengan kemalasan, lupa diri, sombong bodoh dan suka mengambil kesempatan.
Seperti kata Laksamana Hang Tuah, tak kan Melayu hilang di dunia. Ya, Melayu tak kan hilang di dunia tetapi Melayu tak akan menjadi TUAN di dunia andai masih berterusan lupa diri.
Kolej ini hanya memerlukan 3 kredit SPM dari mana mana subjek, kolej ini MENGHARUSKAN pensyarah pensyarah meluluskan pelajar - pelajarnya kerana PTPTN akan dipotong andai keputusan pelajar adalah di bawah 2.00 GPA untuk setiap semester, dan jika ini berlaku, kolej tidaak akan menerima duit yuran dari PTPTN lagi. Dan pensyarah akan DISALAHKAN kerana MENGGAGALKAN pelajar.
Kenapa pelajar DIGAGALKAN:
1)Tidak pernah datang ke kelas, hanya ada ketika mengambil peperiksan mid term dan final SAHAJA
2)Tidak pernah buat sebarang tugasan, latihan atau assignment atau presentation yang diberikan pensyarah
3)Tidak dapat menjawab LANGSUNG soalan yang diberikan sewaktu peperiksaan
4)TIDAK WUJUD
Dan kami, pensyarah - pensyarah TERPAKSA meluluskan pelajar - pelajar diatas disebabkan faktor duit.
Tiada bayaran PTPTN = Tiada GAJI
Tinda BONUS tahunan andai pensyarah menggagalkan pelajar melebihi 2% dari jumlah pelajar yang diajar beliau.
Itu tidak termasuk, betapa kurang ajarnya pelajar - pelajar, tidak mendengar kata, melawan, buat ikut suka hati mereka sahaja dan mereka tahu mereka tidak akan sama sekali digagalkan jadi mereka bertindak sebagai TUAN TANAH di sini.
Aku menolong pada awalnya kerana mereka anak bangsaku tetapi mereka makin melampau. Pensyarah dijadikan bahan hiburan dan mereka pula menjadi TUAN di sini.
Sistem disini tidak langsung mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia sebenar, mereka dimanja oleh pihak pihak tertentu dan andai mereka mambuat laporan tentang pensyarah, pensyarah akan dinilai tanpa usul periksa, tanpa bertanya kenapa menghukum pelajar tetapi kami terus diberikan memo.
Ini yang membuatkan pelajar pelajar makin NAIK LEMAK!!!!!
19 RAMADHAN 1435, aku mengamuk pada kelas yang tak sedar diri itu dan aku betul betul give up
Apa yang aku pasti.
TAK GUNA MENOLONG BANGSA YANG TAK MAHU DITOLONG
Erza Ibrahim
No comments:
Post a Comment