Tuesday, August 19, 2014

Bertunang, mana satu yang perlu didahulukan antara Adat Resam, Budaya, Kepercayaan & Agama?

Panjang betul tajuk macam banyak je idea yang nak tulis macam macam kannnnnn~

Well, dua malam lepas aku sedikit terluka karena masalah adat, His mom call dari kejauhan selatan tanah air sana dan berbincang serta bertanya kan pelbagai soalan berkenaan hari pertunangan kami. Baru nak tunang ja da sewabuk otak weiiii!!!!Mungkin inilah disebabkan sorang kutub utara (Johorean) dan aku sendiri dari Malaysia Darul Aman (Proud to be KEDAHrians)

Budaya negeri berbeza walau satu rumpun, aku tahu semua orang, aku dan dia, my parents, his parents and all people around us nak yang terbaik, jadi untuk puaskan hati semua orang tgu parah gila. 

Bermula dengan cincin, maybe aku ni bukan jenis yang fancy sangat pasal accessories jadi aku tak ambil kisah sangat, aku pernah ada rantai emas yang nenek aku hadiahkan sbb aku dpt masuk universiti dan rantai emas tu kena ragut, lepas tu tahun 2010 aku ada rantai emas putih baru hadiah dari husben adik aku sbb langkah bendul, dan itu je lah rantai yang tersangkut kat leher aku sampai sekarang.

Dulu zaman study aku sangat suka kan subang, subang aku pelbagai sangat dan sangat la besar besar dan daring daring tp bila dah kerja and cultural kerja mcm tak sesuai lama lama kegilaan aku pada subang hilang macam tu je dan sekarang bila dah pakai tudung, subang paku je dan satu tu je yang melekat kat sampai ke sudah.

Cincin, nenek pernah hadiah kan aku sebentuk cincin suasa batu delima (aku ni suka warna merah, letak la apa warna merah aku tend to say cantik) so aku pkai cincin tu agak lama sampai la aku tak tau mcm mana dia hilang pada hari jadi aku yang ke 19 kat rumah lama (time tu family masih dok kat jalan day), since that aku tak pernah ada cincin sampai laaa ......... (part of my life yg menyakitkan jiwa). So conclusionnya, aku memang tak berapa fancy pasal accessories sangat...

Well, he put his own effort, find the right ring and bought it by himslef, selalu kan kalau nak cari cincin tunang orang akn pergi kedai dengan pasangan, dia pilih sendiri dan pasangan bayar atau pasangan bagi duit je dan pergi lah kau cari sendiri tp formy case he did it everything, and I really appreciate it, effort yang dia letak tu cantiknya lagi dari semua cincin kot! (Cecececece tgh mood berbunga bunga chenta tera ni la ayat yg keluar kan)

Dia beli sebentuk cincin batu nilam, design old skoll sket and simple and nice sangat tetapi malangnya both parents tak approve cincin tu, mak dia kata buat malu cincin mcm tu laa and mama aku lagi teruk, dia kata macam cincin tikam!!!! He was so sad and down pasal ni and aku pulak terpaksa keluar cari cincin lain dan kalau tnya aku, aku prefer emas putih (agaknya sbb pernah kena ragut kot) so aku tend to bekenan emas putih and end up mama ckp better not sbb cultural kita lebih baik ambil emas kuning..

Ok, Alhamdulillah, settle bab cincin, now bab hantaran kahwin, mas kahwin, adat merisik dan bertunang pulak. Sekali lagi, kekangan berlaku disebabkan berlainan negeri, Melayu, rumpun yang sama tetapi tetap berbeza. Dia jawa aku campo campo ada darah melayu + siam pattani + mamak = aku le tu. Tapi masih rumpun melayu hokeyyy!!!

Aku buat some research laa pasal ni, so mas kahwin mengikut negeri seperti kat bawah

So seperti jadual dia atas (ececece bajet buku teks sekolah pulak) Negeri Kedah Jelapang Padi mas kahwin tak ditetapkan dan ikut suka hati, aku pun mintak la rantai emas sbb apa yg aku diberitahu mas kahwin tak elok belanja xtentu arah beli benda yg 'kekal' so dari aku guna duit g beli aku mintak terus rantai emas and boyfie said ok for that. So, mas kahwin pun dah lain kotttt

Hantaran kahwin pulak, yang tu la beban sebenarnya sbb duit hantaran tu la nak cover duit kenduri, pelamin, duit hantaran berdulang dulang, duit honeymoon, duit gift, etc. So rate wang hantaran kahwin pulak setakat hari ini adalah seperti di bawah.

Mulakan mengikut negeri:



Okey itu kalau mengikut negeri, tak faham pula aku apa yang mebezakan wang hantaran perkahwinan tapi agaknya kos living kot or orang johor memang poyo poyo budget singapurahhh kot? Ekekekkeke :p statement berbaur racist negeri pulop jangan marahhh  aaaaa...... 

Okey, ini pulak mengikut education yerkkkk:


Tu ler harganya ya, tak termasuk pulak lagi yang mak bapaknya kerek anak nyer dokter, engineer, loyarrr semua bagai lagi demand nye alahaiii kemain ye makcik, jual anak ke? Alahai, ini juga yang jadi kat kami berdua tak tau nak letak harga wang mas kahwin, aku faham boyfie baru twist his life 360 degree, dulu dia ada company event sendiri, well nak cari duit seribu seminggu tu boleh kira tapi kerja teruk sikit laaa but entah macam mana rezeki datang  dia dapat imigresen and kena posting KL, menagis jugak la aku time nak berpisah ari tu sebab dulu hari hari jumpa kalau dia tak outstation ni tetiba sorang dok KL sorang dok JB, wuuuuuuuuu but well we get used to it and aku rasa kalau kami selesa mcm dulu tak tepikir pun nak settle down cecepat mcm sekarang sebab yelah, selesa kan, always had each other but disebabkan kerja bertukar,life bertukar, circle pun bertukar plus income pun bertukar, biasa ada duit kat tangan he start again dengan jawatan pegawai imigresen masuk guna SPM.

So, boleh bayang ye, dah selesa dapat gaji senior exec bertahun tahun tetiba dia kena start balik dengan gaji SPM, and tetiba nak kahwin, so kami berdua dok berbincang sbb dua dua tak mboh nak buat loan bank atas banyak sebaba, boyfie pun ckp life kita bukan hanya untuk berkahwin tapi banyak lagi akan jadi especially lepas kahwin. Kami kira kira boleh la simpan sikit setiap bulan,no more new shoes for me, wuuuuuu T,T. Sambil aku update blog sempat pulak aku stalk ig jual kasut, caner  nak ikat perut ni wehhh?

So dia plan nak kahwin on  March 2015 ni, tp bila dia sembang dengan parents dia tak memasal kena tiew sbb seperti yang mak dia beritahu perempuan la boleh demand sbb ini majlis dia kalau laki tu nak dia kena la sanggup kan? (Adat tu) So lepas bincang bincang kami pun sertuju la dengan xoxo wang hantaran  berserta mas kahwin seutas rantai emas atas sebab adik aku kahwin dulu pun 10k tak termasuk mas kahwin dan adik lelaki yang bakal kahwin pada Sept 2014 ni pun bakal bini dia dapat 10k termasuk mas kahwin, tak kan la aku dapat kurang walau aku ni kakak. Setel bab mas kahwin, hantaran semua.

Now, boyfie ckp kalau boleh nak cepatkan tamau tunang lelama, March 2014, mak hokeyyyy jerkkk hikhikhik *gelak gatal. Tapi bila came back to parents seem like both of us are rushing for something and aku di tanya kenapa seolah aku memaksa boyfie untuk percepatkan semua (sedih makk sob sob) jadi kembali kepada asalan, cuba puaskan hati semua pihak, ikut jela cakap semua walaupun hakikatnya yang nak kawen tu kami kan tapi kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga, termenung lah kami berdua bila bercakap melalui phone (sebab dedua kan percintaan jarak jauh).

Berbalik pada tajuk asal, kalau kita ikut dalam islam, seorang wanita itu sudah dikira tunangan seorang lelaki apabila dia bersetuju untuk menikahi lelaki itu, cincin adalah hadiah sebagai tanda wanita itu telah dimiliki atau pun bahasa pasarnya dah kena booking

Ikut adat kita, rombongan lelaki mai rumah rombongan pompuan bawak untuk merisik dan jika bersetuju mereka akan menetapkan tarikh pertunangan dan pada tarikh pertunangan tersebut akan adanya cincin, serta beberapa dulang hantaran yang selalunya makanan serta sireh jungjung yang dibawa oleh pihak lelaki, kedua dua pihak akan berbincang tentang mask kahwin, wang hantaran, hantaran yang akan diberikan, berapa lama nak ikat tempoh pertunangan, bila nak nikah, etc dan bila kedua dua pihak setuju, perempuan tersebuat akan disarngkan cincin di jari manisnya oleh elderly (women) yang selalunya mak kepada bakal suaminya dan membalas hantaran dari pihak lelaki dan hantaran tersebut mestilah bernombor ganji (3,5,7,9....). Andai kata pihak lelaki memberi dulang hantaran sebantyak 5 dulang maka pihak perempuan mestilah membalas sebanyak 7, apa pun balasan harus lebih dari pemberian (and I still wondering why odd number and why must extra in return)

Family aku udahler koboi style je,adat pun kadang kadang tak tau, serius aku xtau camna mama abah kawen dulu tp zaman dulu kawen semua orang buatkan bukan mcm zmn sekarang kalau nak kawen pengantin sinsing lengan buat kerja. Jadi ada kalanya kami buta adat dan tak berapa tahu especially bagi johor yg agak kuat adat melayunya jadi aku turutkan semata.

Sedih pulak rasanya bila boyfie cakap kita nak buat benda baik pun tapi macam susah je, aku pun tepikir benda yang sama patut la banyak yang cabut kahwin lari kat  Siam lepas tu bayar denda je kat Majlis Agama Malaysia, sebab kalau ikut hukum mereka dah sah sebagai suami isteri tetapi mengikut undang - undang mereka masih bermasalah.

"Adat negeri kita berbeza, 
Tetapi kita semua tetap sama, 
Terhasil dari rumpun yang sama,
Aku ikutkan asal semua gembira, 
Ada kalanya kita bermasam muka, 
Hanya karena percanggahan pendapat bekenaaan adat dan budaya, 
Berkaitan perasaan hati dan jiwa sukma,
Tapi hakikatnya kita gembira kerana bakal bersama selamanya, 
Gembira kerana boleh memberitahu dunia, 
Dua hati kini bersatu selamanya,
Semoga telah tersirat di Luh Mahfuz sana,
Kau dan aku akan bersama,
Di dunia dan akhirat sana, 
Apabila tiba masanya, 
Maka harap tabah dan kuat seadanya, 
Andai ada ujian mendatang dan melanda, 
Buat benda baik permulaannya dugaan sentiasa, 
Cekallah kau wahai kesayangan adinda,
Kau ilhamkan bahagia, 
Akan tiba masanya kita bersama, 
Aku mencintaimu selamanya"






No comments:

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...