Thursday, July 17, 2014

TAK GUNA MENOLONG BANGSA YANG TAK MAHU DITOLONG

Aku belajar erti kesabaran tahap tinggi sewaktu menjadi seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang mana pelajarnya majoriti MELAYU dan lokasinya di tengah tengah bandar Kuala Lumpur.
MELAYU, bangsa yang cukup sinonim dengan kemalasan, lupa diri, sombong bodoh dan suka mengambil kesempatan.

Seperti kata Laksamana Hang Tuah, tak kan Melayu hilang di dunia. Ya, Melayu tak kan hilang  di dunia tetapi Melayu tak akan menjadi TUAN di dunia andai masih berterusan lupa diri.

Kolej ini hanya memerlukan 3 kredit SPM dari mana mana subjek, kolej ini MENGHARUSKAN pensyarah pensyarah meluluskan pelajar - pelajarnya kerana PTPTN akan dipotong andai keputusan pelajar adalah di bawah 2.00 GPA untuk setiap semester, dan jika ini berlaku, kolej tidaak akan menerima duit yuran dari PTPTN lagi. Dan pensyarah akan DISALAHKAN kerana MENGGAGALKAN pelajar.

Kenapa pelajar DIGAGALKAN:
1)Tidak pernah datang ke kelas, hanya ada ketika mengambil peperiksan mid term dan final SAHAJA
2)Tidak pernah buat sebarang tugasan, latihan atau assignment atau presentation yang diberikan pensyarah
3)Tidak dapat menjawab LANGSUNG soalan yang diberikan sewaktu peperiksaan
4)TIDAK WUJUD

Dan kami, pensyarah - pensyarah TERPAKSA meluluskan pelajar - pelajar diatas disebabkan faktor duit.
Tiada bayaran PTPTN = Tiada GAJI
Tinda BONUS tahunan andai pensyarah menggagalkan pelajar melebihi 2% dari jumlah pelajar yang diajar beliau.

Itu tidak termasuk, betapa kurang ajarnya pelajar - pelajar, tidak mendengar kata, melawan, buat ikut suka hati mereka sahaja dan mereka tahu mereka tidak akan sama sekali digagalkan jadi mereka bertindak sebagai TUAN TANAH di sini.

Aku menolong pada awalnya kerana mereka anak bangsaku tetapi mereka makin melampau. Pensyarah dijadikan bahan hiburan dan mereka pula menjadi TUAN di sini.
Sistem disini tidak langsung mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia sebenar, mereka dimanja oleh pihak pihak tertentu dan andai mereka mambuat laporan tentang pensyarah, pensyarah akan dinilai tanpa usul periksa, tanpa bertanya kenapa menghukum pelajar tetapi kami terus diberikan memo.

Ini yang membuatkan pelajar pelajar makin NAIK LEMAK!!!!!

19 RAMADHAN 1435, aku mengamuk pada kelas yang tak sedar diri itu dan aku betul betul give up

Apa yang aku pasti.
 TAK GUNA MENOLONG BANGSA YANG TAK MAHU DITOLONG

Erza Ibrahim

Wednesday, July 16, 2014

Kiki The Steering Lock Lady

Disebabkan Kiki CDM 25 Peugeot merupakan trending masa kini,
Tagline student untuk hari ini selepas dia banyak sangat tanya;
"Miss, nak tanya soalan lagi boleh? Tapi Miss jangan marah saya dan pukul saya dengan steering lock tau",
Dan aku terus tergelak sebelum menjawab soalan beliau

Monday, July 14, 2014

Gomen Hospital Services

Hospital kerajaan @ Gomen hospitl
Bila kita bercakap tentang service mesti ramai yang pertikaikan
Ramai yang melenting
Ramai yang bising
Service lembab la
Staff nurse dan doktor tak mesra alam laa
Tak bagus laa
Tak bagi kerjasama
Lalai, leka, lagha
Macam macam ada

Tapi dalam semua komplen, orang orang yang komplen tu
Tetap datang jugak ke gomen hospital

Kenapa tak pergi ke private?
Kenapa kenapa kenapa

Sebenarnya Gomen hospital di Malaysia ini sudah cukup lengkap dari semua segi
Cuma lambakan pesakit yang datang membuatkan semuanya perlahan, lambat dan kita hilang sabar
Nothing free now days and if u think the Gomen hospital is sux
Go to the private hospital and pay a lot of your own pocket money

Stop complaining and be more greatful
At least we still have what we Gomen hospital

Friday, July 11, 2014

Dugaan Ramadhan

Subhanallah, mengajar budak budak sijil ni memang menguji kesabaran aku tahap petala langit ke lapan puluh lapan! Dah laa budak budak ni ada 8 org je satu kelas (sebab kena kredit BM baru boleh ambil subject yg aku ajar dan total satu kelas hanya 8 kerat ni je yang kredit BM), selalu hilang, datang lambat, tak ada manners, tadi sorang budak perempuan ni boleh pulak sound, "Miss, bapak saya bayar yuran kolej ni cash! Miss kena ingat gaji Miss tu saya yg bayar", Sabar je la wahai hati seorang Fariza!!!

Erza Ibrahim

Wednesday, July 9, 2014

Aku pencemburu

Aku pengidap Minor OCD
Ini membuatkan aku peka terhadap sekeliling
Selain itu, aku juga merupakan manusia pelik
Di mana aku kuat cemburu tentang masa lalu

Duhai cinta hati, aku masih boleh tersenyem andai kau cuba tackle a hot girl that passed by
Tetapi aku akan freak out kalau kau bercakap tentang dia yang ada di masa lampaumu
Walaupu aku tahu kau dan aku 'tiada' lagi waktu itu
Tetapi itu lah aku, cemburu tentang benda sebegitu

Selain itu aku juga stalker teruk yang akan boleh korek segala maklumat selagi aku mahu
Kadang kadang aku rasa betul kata orang
Perempuan pencemburu merupaka seorang agent CSI yang paling terbaik
Kerana aku tak lepaskan setiap detail yang ada
Andai aku tengah gila

Duhai cinta hati, ku pohon kau sabarlah dengan karenah ku
Aku tahu aku tak sempurna mana
Harap kau terima kekuranganku ini
Aku akan cuba berubah menjadi yang lebih baik

Bukan hanya untuk kau
Bukan hanya untuk kita
Tetapi juga untuk diriku

Karena, less is more, less is better
The lesser you know, the leaser you get hurt
To much information can kills you

Erza Ibrahim

Tuesday, July 8, 2014

Stop complaining, be more grateful in life

Untuk kesekian kalinya, aku mengamuk pada student aku.
Setiap semester aku ckp aku tak nak jadi lecturer yang aktif dan nak berubah kepada pasif kerana kecewa dengan management kat sini tapi setiap sem juga aku antara yang aktif. Mungkin kerana itu adalah sifat semula jadi aku yang sentiasa cuba buat yang terbaik dan kesiankan student aku. Tetapi persoalannya, adakah mereka pernah kesiankan aku?

Untuk semester ini aku menjadi lebih garang,strict dan kerek dari sebelumnya, aku memantau ketat tentang kehadiran student dan tidak sesekali menerima surat bertulis sendiri hanya menerima MC yg sah dr klinik dan hospital. Okey, satu issue lagi timbul bila student ckp mereka tiada duit utk ke klinik hanya ada duit untuk ke klinik 1 Malaysia dan malangnya klinik tersebut tidak member MC, jd aku meminta resit ubat sbb ada tarikh kat situ, bukti mereka ambil ubat dan memang sakit.

Ketua Program aku meminta aku kesan problematic student, katanya. Tetapi apabila aku beritahu dia tentang problem student ni, dia ckp semua atas aku dan bila ada masalah aku pulak yang kena. Itu aku  sangatlah kecewa. Belum masuk aku kena luluskan student sbb takut bila xde student nanti kolej xdpt bayaran dari PTPTN. Senario kat sini adalah dimana student yang layak digagalkan tapi terpaksa diluluskan akibat arahan dari pihak atasan. Aku kecewa!

Tapi mama pujuk aku dengan cakap dari satu segi aku telah menolong menyelamatkan masa depan seorang manusia. Ya, mungkin betul! Tetapi adakah pelajar pelajar 'manja' ini tahu bahawa betapa kejamnya kehidupan di dunia sebenar? Mereka tahu bahawa kolej perlu meluluskan mereka jadi mereka tak takut pada kami yang menjadi lecturer. Dan untuk hari ini, aku mengamuk lagi untuk kelas yang sama. Aku kecewa, anak bangsa aku yang buat masalah.

Aku cuba dalam setiap daya aku untuk menolong mereka tapi apakan daya mereka sendiri tidak mahu ditolong. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah terus bersabar dan berusaha menolong mereka. Aku kadang kadang ada perasaan tak redha pada mereka atas ilmu yang diajar tapi layak kah aku menghukum mereka? Aku juga manusia yang banyak berbuat salah, aku hidup lebih lama dari mereka dan itu bukan tiket aku untuk menghukum mereka,  mungkin dosa yang aku tanggung lebih banyak dari mereka, hanya Allah yang tahu.

Aku memilih untuk menjadi tenaga pengajar kerana minat aku, aku sangat mencintai kerjaya aku sebagai tenaga pengajar walau aku kecewa dengan sistem management di sini dan juga attitude pelajar. Tetapi aku masih tetap disini walau pernah ada tawaran yang lebih baik tetapi bila memikirkan aku harus meninggalkan pelajar - pelajar di sini pada pertengahan semester, hati aku lembut kembali dan in the end,i just continue dealing with the same shit every single day.

Aku mencintai kerjaya ini, aku tak tahu apa aku akan buat kalau aku berenti menjadi pendidik, aku tahu aku ada PR skill dan juga I'm good in handling people which I get this because I've been in hospitality front line for a few years and handling guest is a very tough thing to do but when I've become a lecturer, I really enjoy my job. So what I can do at this moment is continue life and stop complaint! Well, afterwords... Alhamdulillah aku masih diberikan rezeki dari Allah SWT

Stop complaining, be more grateful in life.....kan?

Erza Ibrahim

Monday, July 7, 2014

KATA KAU

KATA KAU AKU KAU PUJA
TETAPI KENAPA KAU PERGI PADANYA

KATA KAU AKU TIADA GANTI
TETAPI KENAPA DALAM SEMINGGU KAU TEMUI PENGGANTI

KATA KAU AKU LAH SEGALA
TETAPI KENAPA KAU LUPA

KATA KAU AKU LAH CINTA AKU LAH SAYANG
TETAPI KENAPA RASA ITU MENGHILANG

KATA KAU HATIMU MEMANG ADA AKU DARI DULU
TETAPI KENAPA KAU BERUBAH TERBURU BURU

APA YANG AKU RASA TAK PERNAH PENTING
JANJI APA KAU RASA SEMUA ITU PENTING

APA AKU LALUI TAK PERNAH KAU MERASAI
KAU CUMA TAHU MENYEPI
GANTUNG KITA TANPA TALI

AKU MENUNGGU KAU LAMA SEKALI
TAPI BILA AKU TELAH LALI
KAU MUNCUL KEMBALI

MENGHARAPKAN KITA SEPERTI YANG DAHULU
SEDANGKAN AKU YANG DULU TELAH BERLALU

BAGI AKU KINI TELAH TIADA GUNA BERSATU
KERANA ANTARA KITA SENTIASA ADA HANTU

DUA TAHUN MENUNGGU BUKAN SEKEJAP BAGI YANG MENANTI
MUNGKIN SEKEJAP BAGI KAU YANG SENTISA BERTUKAR GANTI
ANGGAPLAH AKU TELAH PERGI DAN TAK AKAN KEMBALI

ERZA IBRAHIM


Kata Kata

Kadang Kala Tidak Perlu Kata Pujangga Untuk Kita Gembira
Cukup Sekadar Ucapan "Selamat Pagi' Dari Dia
Hati Terus Berbunga :))

Erza Ibrahim

Sunday, July 6, 2014

Sweet Venom Bitter Cure

A well traveled path colored by sighs.
I’ll get sucked into the crowd
count the dreams which somehow just vanished.

Friends my own age are starting families
everyone knows there are many outlooks on life,
you can still change sadness into gentleness and live.

So that I won’t lose and I won’t wilt
I’ll be a laughing blooming flower
When I find myself suddenly lost, I’ll collect the wind and
take to the sky, now.

Love can’t relate to you its philosophies and heated arguments.
all we can do is softly pray so this feeling doesn't fade away.
I wish not to be naive, to be held, to separate this sadness among us.

Because surely a life size me will be loved,
Even supposing its reckless, I’ll paint the ultimate dream
I don’t care if they laugh.

At last I understand it, even if everything is randomly destined.
Even if I have to bear a little risk, I want to try ! Love Love !

in my heart eternally that flower blooms.

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...