Thursday, December 18, 2014

Feel so good today

Alhamdulillah. Hari ni berjaya jog rumah - The Zon - rumah non stop! Feeling proud of my self! Keep it up!!! Kinabalu challange less than two month!!!! Go go go!!!! Kemuncak tertinggi Malaysia, kau tunggu aku datang!!! Kita berdeting bersama menggamit tingginya awan. InsyaAllah. :)

Monday, December 15, 2014

Be careful semua!

Beware kalau pergi beli kat mana mana kedai sekali pun. Kita kadang kadang ghalit sampai tak perasan kena game ngn org pun, kita sibok dok men tepon la berangan la or rushing nak p kerja. Pagi tadi singgah 7eleven je pun beli susu kopi dutch lady (RM 2.20) dengan Kinder Bueno (RM 4.50) sambil dok beratoq nak bayaq tu besa laa main tepon, lepastu sampai turn tak tgk pun harga berapa sebab tau ada RM 10 kt tangan so bagi ja la lepas tu cashier tu ckp, tak cukup lima kupang, aku cam terserentak jap tak kan dua ketoi barang ni smpai RM 10.50? Tertoleh la screen cashier and it is RM 10.50. Then terus tanya, tak kan dua benda ni ja dah RM 10.50? Muka dia terus takut - takut then terus dia bagi balance RM 3, terus je sound mana lagi tiga kupang dengan muka buat buat garang, terus dia bagi. Moral of the story, time kita rushing and kalot kalot tu or ghalit main phone ke berangan ke careful la tah tah dah kena game dah. Tiga ringgit tiga kupang pun duit gak kot! Ingatkan kat Siam ja orang buat kerja ni nampaknya dah menular ke sini. Haihhhhh~

Tuesday, December 9, 2014

Aku hanyalah seorang yang terbuang

Sabar aku ada hadnya
Aku juga manusia biasa
Bukan selamanya dapat menahan rasa
Bukan selalu hanya memendam rasa
Apabila sampai satu tahap
Aku dah tiada rasa

Mungkin itu agaknya kau mahu
Aku seumpama patung bernyawa
Yang hanya mengikut kata
Asalkan kau bahagia
Tanpa peduli apa aku rasa

Apa kata kau pilih jalanmu sahaja
Tinggalkan aku begini sendiri
Kerana kau pentingkan dirimu cuma
Tidak pernah mahu fikirkan aku
Yang terbuang di daerah sepi ini

Apa yang ada kini hanyalah aku
Seorang yang terbuang
Di daerah sepi

Saturday, December 6, 2014

Sabar

Bukan maksud nak jadi keyboard worrier
Tak rasa pun mampu nak menjadi pengkritik
Tapi cuma rasa nak menyurakan perasaan
Dah sebulan lebih hidup di Johor Bahru ni
Tapi apa yang aku dapati keadaan negeri ini
Semua barang mahal
Mengalahkan Kuala Lumpur

Dan orang orang sini marah dibandingkan dengan Kuala Lumpur
Semua barang sangat lah mahal
Terutamanya barang barang makan
Bila ditanya kenapa mahal sampai macam ni?
Kenapa parking rate mengalahkan Pavillion KL?
Semua jawab sebab Singapore market
Sebab orang orang Singapura yang datang
Barang mahal sebab mereka mampu
Persoalannya, Johor Bahru ni dalam Singapore ke dalam Malaysia?
Rate gaji semua orang yg kerja sini dibayar dalam Singapore Dollar ke Ringgit Malaysia?
Aku semakin tak faham
Semakin keliru
Tapi apakan daya
Kerana kasih aku turutkan (poyo pulak ayat cenggini)
Selagi boleh bersabar, sabar
Tak boleh tahan, cuba lagi bersabar
Kalau buat rusuhan aku jugak kena
Kalau mengamuk pun, aku hanya seorang marhaen
Suara aku tak ada siapa nak dengar atau peduli
Hanya mampu update blog sendiri
Itu pun belum tentu ada yang baca

Sabar lah wahai sang diri

Rindu

Video call dengan adik dan anak menakan, menitik ayaq mata! 
Rindu tak terkata~

Wednesday, December 3, 2014

Kecil Hati

Kita tak akan kecil hati dengan seseoarang melainkan kita ada hati dengan dia

Sunday, November 23, 2014

R.I.p to my ancient heart

Then I started to realized, that I've been living in one BIG lie! I'm fucking hates you!!!! Lalalalalala, trust, fucking hates you!!! And I've tried so hard and all get is one BIG lie!!! Lalalala! Trust me I'm fucking hates you!!!!!

Saturday, November 8, 2014

Everybody tell a secret, but can you keep it?





Secret


Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you won't tell what I said
'Cause two can keep a secret if one of them is dead

Why do you smile like you've been told a secret?
Now you're telling lies 'cause you have sworn to keep it
But no one keeps a secret
No one keeps a secret

Why when do our darkest deeds do we tell?
They burn in our brains, become a living hell
Because everybody tells
Everybody tells

Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you won't tell what I said
'Cause two can keep a secret if one of them is dead

Look into my eyes, now you're getting sleepy
Are you hypnotized by secrets that you're keeping?
I know what you're keeping
I know what you're keeping

Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you won't tell what I said
'Cause two can keep a secret if one of them is dead

Allison?
Yes, Catherine?
I have something I want to tell you but you have to promise never to tell anyone.
I promise.
Do you swear on your life?
I swear on my life.

You swore you'd never tell
You swore you'd never tell
You swore you'd never tell
You swore you'd never tell

Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you won't tell what I said
'Cause two can keep a secret if one of them is dead
(X3)

Yes, two can keep a secret if one of them is dead
Yes, two can keep a secret if one of us is dead


P/s: Psssst, If I told mine, would you swore to keep it as a secret?

Materialistik VS Hipokrit

Sewaktu makan malam bersama tunangan saya, ada couple kt meja sebelah yang mana perempuan lagi tinggi dari lelaki.
Lepas tu tunang saya pun cakap, " Murah rezeki dia, dapat gf tinggi,"
Couple tersebut berjalan ke kereta mereka, toyota.
Saya pun cakap, "murah rezeki dia, sebab tu dia pakai toyota", sambil sengih kerang
Lepas tu terus tunang saya cakap, "awak ni materialistik kan?",
Saya jawab, "saya memang materialistik", dengan jujur
Dia tanya saya" habis tu kalau dah materialistik kenapa pilih saya. Saya kan pegawai kerajaan cabuk je",
Saya buat muka tak ada perasaan dan jawab,"sebab awak orang gomen la saya pilih awak, long time investment",
Dia terus ketawa terbahak bahak sambil cakap, "patut la time saya kerja event dulu awak tak pernah cakap nak settle down dengan saya tapi bila dah jadi pegawai kerajaan awak setuju je bila saya ajak awak kahwin", sambil konon konon buat muka merajuk, bajet comel

Sebenranya, pada pendapat saya tak salah kita nak jadi materialistik asalakan kita tahu tahap kemampuan kita, jangan lebih dari apa yang kita ada untuk berbelanja. Jangan jadi seperti "biar pape, asal bergaye",
Mungkin istilah tu boleh diguna pakai zaman dahulu di mana air suam free, sambal free tp sekarang air suam pun ada yang charged RM 0.80 kot!!! Nak bergaya lepas tu dok rumah? Hahahaha

Apapun biar Materialistik dari Hipokrit sebab si Materialistik ni kita masih boleh percaya dan boleh lepak dengan dia cuma dia dalam dunia syok sendiri yang dia rasa dia sangat best atas segala material things yang dia ada berbanding dengan si Hipokrit yang tak pasti apa sebenarnya dia nak, dia buat dan tujuan hidup dia dan orang macam si Hipokrit ni sangat lah bahaya kerana dia ni boleh kacau bilaukan hubungan kita dengan kawan², rakan taulan, sahabat handai, saudari saudari, ahli keluarga, adik beradik dan sebagainya.

Jadilah Materialistik yang berhemah daripada Hipokrit yang beracun dalam kehidupan

xoxo 

Thursday, November 6, 2014

Satu Percaturan Hidup

Kami kenal masing masing pun dah kerja
Tak sempat nak sweet sweet macam kanak kanak bercinta
Tak pernah bergayut berjam jam macam zaman remaja
Tex pun aku je yang banyak tex sebab dia tak berapa suka tex
Kami share minat yang sama
Kami boleh share music yang sama
Kami ada perangai gila yang sama
Dan Alhamdulillah kami bahagia bersama
Kami tak pernah rasa deting kat kampus pun kan
So last week ada pesta konvo kt UTM dan adik dia buka booth kat sana 
Kami pergi kerap juga laaa
Lepas tu makan malam kt kawasan UTM
Then dia cakap "walaupun kita tak jumpa zaman muda remaja, tapi tua tua mcm ni pun kita masih ada peluang deting dalam kawasan U walaupun just tumpang U orang"
Aku pulak nak tergelak dengan statement dia
So sambil sambil kami makan kami pun ushar student student yang ada dan masing masing teringat masa masa silam masing masing sebagai pelajar
InsyaAllah bulan tiga tahun hadapan aku kembali begelar pelajar dan pejuang!
Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah berikan
Sesungguhnya aku bahagia walau terpaksa berjauhan dari kehidupan dahulu yang aku dah selesa

New Life in JB

What I can say more, I'm here at Johor Bahru. One of the places that i never imagine that I would spend my life here. I imagine somewhere far far away but never thought JB is one of the place for mt to live.
Well, first day I drive all around using JB, today is my 4th day working here, I don't need to used Waze anymore to go to work and come back from work and as well as if I wanted to go to my fiance's place. So far I'm survived! Yesterday try took a bus back from office and I succeed! I rented a room but my boss ask me to moved in to our quarters house as I may no need to pay anything. Now renting a room that cost me RM 400 per month without the utilities. The quarters is an old bungalows located at Stulang and facing the sea and Singapore. I can see Singapore from my window view! And I'm a big fan of old houses! Alhamdulillah, what a relief! Plus, if I took bus it only cost me Rm 1 per way, 5 minutes to office only. Now I'm driving from Bandar Baru Uda to my office and it takes around 20-30 minutes with the jam and I need to pay for RM 20 for the parking fees every single working day! %#@$^&*^@^^***%$ Kalah rate parking pavilion hokey!!!! Well, It's hard for me to admit it but I'm kind a miss Kuala Lumpur! The hangout places, the friend there, my bitches, my table talk partner, my partner in crime, the food food food food food food food food food food food food food food food food food and of course the FOOD in Kuala Lumpur!!!
But, well... I will slowly adopted this new life in Jb, and it's kind a good thing when I close to my fiance' so we just hang out together and spend some time. Orang cakap darah kami maneh tapi Alhamdulillah tak dak nak gaduh ka hapa ka kami cuma wat lex wat pis ja so far! kekekekeke

Monday, October 20, 2014

Alhamdulillah, I'm engaged!

No words can describe how happy I was
But Alhamdulillah, I'm officially engaged to him!
Thank you for this blessed life I had, families and friends who with me through my up and down time, accepting me for who I am and having me in life. I love all of you


Sincerely,
The Not So Perfect Me


Tuesday, October 14, 2014

Harga Sebuah Kematian Part II

Tanggal 11 October 2014 bersamaan  15 Zulhijjah 1435, nenek, Fatimah Binti Desa menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu berkumandang azan maghrib, tapi disebabkan pada waktu itu, Dr in charge tak ada kat kawasan hospital dan hanya tiba minit minit berikutnya, waktu kematian yang disahkan adala pada pukul 7.50 pm. Al- Fatihah buat arwah nenek. 10/10/14 lepas tahu nenek admitted ke ICU, aku terus booked flight ticket dan terus rush balik ke Penang, nenek admitted di KPJ Bukit Mertajam, Bandar Baru Perda, Pulau Pinang. Adik perempuan, sepupu. makcik terus menangis, mama terus lari ke surau, maybe tak mau orang tengok keadaan dia sbb mama kan 'iron lady'.
Hospital terus mandikan nenek (mandi biasa bukan mandikan mayat yang mengikut hukum syarak) dan bungkus nenek dengan kain putih, aku dan adik bongsu ikut nenek naik van jenazah balik ke kampung di Bagan Serai, Perak. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama tak sampai sejam tu, aku pegang kaki nenek yang aku rasa makin sejuk dan sejuk dan sejuk sambil baca Al-Fatihah tal berenti, adik bongsu pulak pegang bahagian tangan nenek.
Sampai je semua benda dah sedia sebab dah maklumpada orang kampung. Actually pada waktu tu aku memang sehelai sepinggang dengan jeans dan tshirt mama yang aku rembat dengan jayanya.
Sampai je terus place nenek kat atas katil yang disedia kan dan sibuk la org org kampung suruh tudung nenek dengan kain batil lepas sehingga paras dada dan tutup muka nenek dengan selendang putih. Aku dan adik bongsu terus mula membaca ayat suci Al-Quran sementara tunggu makcik pakcik menakan, sepupu sepapat, adik beradik dan mama abah yang naik kereta asing asing. Kami sampai awal sebab naik van jenazah.
Orang Orang kampung dah mula memenuhi rumah nenek dan mula menyedekahkan ayat ayat suci Al-Quran pada nenek.
Lepas semua beradik beradik sampai, aku mandi dan sarung kain batik serta baju kedah (baju harian nenek) dan lepas gilir gilir dengan sepupu sepapat membaca ayat ayat suci Al-Quran pada nenek aku terlelap awal pagi pukul dua atau tiga pagi.
Pagi keesokan nya mama dah bawak extra baju kurung untuk aku dan pagi lepas mandi terus sambung bacaan untuk nenek ganti sepupu yang tak tidur semalaman.
Kata mereka, nenek balik semalam sebab terbau bau yang sangat wangi pada sepertiga malam sewaktu mereka membaca ayat ayat suci Al - Quran.
Urusan nenek agak dipermudahkan di mana, orang yang mandikan jenazah tiba tepat  pada waktunya, aku ikut serta mandikan nenek, pengalaman pertama sebenarnya, mama, anty liza (makcik), baby sue (sepupu), cida (adik perempuan), along ana (makcik), nani (sepupu) sama sama turut memandikan dan turut serta dalam proses mengafankan nenek.
Aku orang pertama yang cium dahi nenek sebelum depa tutup muka nenek.
Lepas tu terus orang masukan nenek dalam keranda dan bawa ke surau untuk disembahyangkan dan terus ke kubur untuk di kebumikan, semua adik adik lelaki ikut serta tapi kami yang perempuan dihalang pergi ke kubur dan aku ngan mama pergi ke balai polis untuk buat laporan kematian.
Alhamdulillah, jodoh nenek dan atok sangat kuat. Atok meninggal pada tahun 1999 dan tak tahu macam mana kubur nenek betul betul sebelah kubur atok, dah macam pengantin.
Urusan nenek semua dah selesai Alhamdulillah.

Cakap belakang; time aku tengah sibuk gunting kain kafan adik perempuan duduk sebelah katil nenek, ada orang kampung tengah gossip; 'arwah meninggal dalam ambulance, otw balik kampung' sedangkan nenek meninggal atas katil hospital! Lepas tua adik perempuan sampuk dan cakap bukan, dia meninggal kat hospital, then dia persoalkan adik perempuan pulak dan tnya, 'hang sapa'
Situasi kedua di mana orang kampung datang berduyun duyun dan cakap kat mama (maybe dia tak tau mama waris) kami mai nak tengok jenazah dari hospital orang kaya. Marah betul aku bila dengar situasi tu tp bila fikirkan semua dah selesai aku jadi cool balik.

Aku tak menangis langsung sampai lah nenek siap dikapankan, aku masuk bilik nenek dan tiba tiba kenangan dengan nenek semua terbayang dan aku terus menangis,

Nenek,terima kasih kerana besarkan kakak, masak kan yang sedap sedap kat kakak, hadiahkan rantai emas pada kakak sebab kakak dapat masuk university, hadiahkan cincin suasa batu delima untuk kakak, selalu ada dengan kakak time kakak down. Nenek kadang kadang senyap senyap bagi duit belanja kat kakak tanpa mama tau bila kakak balik kampung tapi tak bagi habaq kat mama, nenek akan buatkan kakak agar agar kering kesukaan kakak dari kecik bila tiba raya, sapa pun tak boleh lawan masakan nenek walau hanya sambal ikan temenung cuma. Kakak relakan nenek pergi sebab kakak tak tahan tengok nenek terlantar macam tu. Semoga nenek tenang di sana, kakak pun bakal menyusul bila tiba masanya. Kakak sayang nenek sangat sangat.

In Loving Memories
Fatimah Binti Desa
04 May 1935 - 11 October 2014



Friday, October 10, 2014

Harga Sebuah Kematian

Kematian sangatlah ditakuti
Karena kita tak tahu apa yg berlaku selepas kematian
Sebab tak ada orang yang kembali dari kematian dan menceritakan secara fakta apa yang sebenarnya terjadi selepas kematian
Dulu sewaktu aku sekolah menengah aku tertanya tanya bagaimana agaknya kematian
Aku sampai tanya kawan aku yang pada waktu tu yatim piatu apa perasaannya sebab aku nak tau
Allah bagi aku rasa kesakitan itu dengan bagi aku rasa kehilangan tu
Kucing aku kena gelek dengan jiran sebelah, dia mai ketuk pintu aku dan bg loceng kucing yg dah kemik sbb katanya tak perasan time reverse kereta dan dia minta maaf
Aku menangis semalaman dan kadang kadang seolah olah terngiang ngiang bunyi loceng kucing aku tu
Esoknya aku minta maaf kat kawan aku kat sekolah tu sebab kematian kucing tu pun aku dah rsa teruk sangat sakit dia
Kematian pertama yang dekat dengan aku jadi pada umur aku 15 tahun, arwah atok meninggal sesak nafas
Aku tak pasti sangat perasaan aku pada waktu tu yang aku tau time aku sampai kampung aku kena baca Al-Quran smpai pagi sebelah jenazah dan esoknya arwah atok dikebumikan
Aku rasa kosong sangat pada waktu tu
As time goes by aku mengharungi banyak lagi kematian
Apa yang pasti, people only knows you more when your dead, hear and listen to you more after you die, they remembered you for quite sometime and then they go on with your life and forget about you
As for now, nenek hospitalized kt ICU due to cancer stage 4
Dia dah tak sedar as for my mama said, just tunggu masa
Dr said there's no hope because she's too weak and already suffer a lot
What actually happen is all my mama's sibling not talking to each other for quite some time, some years actually
But when this happen, they tend to contact each other and start talking to each other
Setiap kejadian mempunyai hikmah yang sangat besar
As for me, even thou my engagement  kena postpone, tipu la kalau aku tak rasa terkilan but one way to another my relation with his mother n also mama n his mother mcm lagi dekat
And for you my love, thank you even you so far away, youre being a sweetheart that always check up upon me
Nenek, whatever life give you, I always pray you the best. Semoga urusan nenek diringankan dan dipermudahkan. I always love you nenek. Al-Fatihah


Sunday, October 5, 2014

Luka

Aku bersedih hati
Dalam aku terkial kial mencari kebahagiaan
Tanpa aku sedari ada insan yang terluka dia atas kebahagiaan kami
Lantas aku terfikir
Apa gunanya membina bahagia diatas kesengsaraan org lain?
Apa guna aku tertawa gembira sedangkan ada yang merana?
Walau aku tahu bukan salahku
Tetapi aku masih bersedih
Karena ada yang terluka
Aku menghitung hari untuk disunting
Tapi ada yang menangis untuk kami
Maafkan aku sahabat
Sesungguhnya aku mahu kau tahu
Tak pernah terfikir untuk menyakitimu
Kau tetap sahabat terbaik buatnya
Aku hadir dalam hidupnya kemudian cuma
Aku dapat tempat dihatinya
Tapi tak akan aku lupa tempatmu disisinya
Aku mendoakan agar kau berjumpa si dia
Yang bakal membimbingmu dan akan membahagiakanmu
Terima kasih atas segalanya
Maafkan kerana ku kau terluka

Wednesday, October 1, 2014

To My Bitches

Yesterday after office was feeling a little bit down and  need to hang out for a cup of coffee.
And I just make a phone call and call my bitches and ask either they want to hang out.
And in the nick of time, we were out, hanging out, window shopping and laughing together, gossiping and table talk at Midvalley, drive separately from different location.

And I was thinking how thankful I am to have friend like my bitches, yups, kind a harsh to call close friend bitches but for us, friend term is : kawan kawan memang untuk disusahkan, are we right?.
Fikir balik kan mana ada hampa semua tak pernah susahkan kengkawang hampa, ye dok? 
And after a while jalan jalan, shopping shopping, makan makan, gossip gossip, I was thinking, well this is my last month here in the metropolitan city, kind a sad
I will miss all the excitement, the fun, the food (of cozez I'm a food lover ya'all) and the people here.
All the memories I had since I further study at Uitm Shah Alam until this very October 2014, I'm surely gonna miss everything, the good and even the bad one.
Hey Kuala Lumpur, you thought me well and a lot, from the bad one to the good one and make me who I am today. 
Well, I'm surely gonna miss my bitches!
Who will be there for me if I need an emergency meet up for coffee?
Who will be there for me when I don't know what to do for the day?
Who's gonna fight for me and arguing things with me in a very messy way
We fought like siblings, we have fun like kids, we laugh hard  out loud like we hangover, we gossiping like we are the paparazzi, we go through things like we are the FBI, we never judge each one of us and live our life and I'm so happy to meet all of you, my bitches!
The time we spend together, the sleepover, the travel, the fights, the criticize and all of it, the laugh, the tears together just make us who we are.
And for that, the memories that shall be remembered for my entire life.


I love u my bitches!

Erza Ibrahim

Saturday, September 27, 2014

The Heart Breaking Effect

Okey, ini adalah kenyataan

Aku tak tahu kenapa aku lebih puitis menulis ketika aku kecewa, patah hati sedih 
Dan aku akan kehilangan kata kata apabila aku gembira
Aku mampu mengarang puisi puisi indah dan menulis apabila aku kecewa
Tetapi bila aku bahagia, aku hilang idea dan kata kata
It's funny when put it this way but this is what happen
Aku mampu update status twitter non stop bila aku kecewa
Tetapi aku tau nak update apa bila aku dalam stage gembira

Well, the heart broken make people change to something that they didn't realize

Sekarang tahu la kenapa Adele leh menang besar dengan lagu heart broke dia, ye dok?
=)

Erza Ibrahim

Tak mungkin kerana sayang

Kenangan dan masa silam mengetuk pintu hati
Kadang kadang membawa kenangan indah
Ada kalanya kenangan pahit yang tak pernah ingin diungkit
Perasaan itu datang, membuatkan kita kurang pasti dengan perasaan sekarang
Adakah ini yang kita mahukan?
Adakah ini yang kita cari selama ini?
Kenapa baru hari ini?
Kenapa tidak sebelum ini?

Well, for me, I do believe everything happen for a reason
Mungkin ada hikmah yang kita tak nampak disitu
Selalunya tak mungkin kerana sayang
Tapi rindu pada kenangan lama
Sejarah yang pernah ada
Apa yang terjadi dan dah ditetapkan kepada kita selalunya sentiasa terbaik dari Allah SWT
I know, bila kita dah buat keputusan, dugaan dtg hanya sbb nak kita pasti pada keputusan tu
Kita manusia,  punya rasa dan perasaan yang tak pernah puas
Semoga ini yang terbaik untuk ku

Kepada masa silamku,
Kau tegas memilih haluan yang lain sebelum ini
Walau sejarah hampir menyatukan kedua keluarga antara kita
Tetapi mungkin telah tertulis di atas sana kita hanya berjodoh setakat itu
Aku memilih dia bukan keran kelebihannya
Tetapi kerana dia membuatkan aku menjadi lebih baik dari sebelumnya
Mungkin kerana kehilanganmu membuatkan aku lebih bersyukur dan menghargai orang yang sentiasa ada disekelilingku
Kau memang hanya sebahagian silamku tetapi bukan semua yang terjadi antara kita adalah past mistake.

Kalau aku tak berjumpa denganmu, aku tidak akan menjadi sesabar sekarang, sebersyukur sekarang
Aku mesti masih seperti dahulu, terlalu keras dengan segalanya,tegas dengan segalanya, hanya aku yang betul, kerana aku fikir aku punya segalanya pada waktu itu
Tetapi, apabila nikmat itu ditarik sekelip mata, saat itu ku sedar aku ini bukan lah siapa siapa
Hanya manusia biasa yang tak punya apa apa
Karena semua yang ada ini milik yang maha Esa
Kau pergi dan memilih dia, dan memutuskan ikatan yang ada, walau hampir semua cuba menyelamatkan hubungan kita, kerana kita telah membina ikatan, antara dua keluarga
Tapi apa kan daya, suratan telah menentukan segalanya
Aku hanyut ditelan arus, terumbang ambing antara hidup dan tidak
Seperti zombie lagaknya, hidup tapi tanpa perasaan
Aku memaksa kaki melangkah, pergi menjauh dari semua, semua kenangan tentang kita
Hampir hampir memilih terbang jauh mengejar ilmu di benua lain
Tetapi hati itu telah tiada, apa yang aku usahakan semua sia sia belaka
Hati meminta hanya untuk lekas mati

Sampailah aku bertemu dengan dia
Dia yang kembali menghidupkan senyumanku
Mengembalikan sinar dalam mataku
Membuatkan aku kembali percaya pada indahnya perasaan
Dia bukan hanya memberi harapan, tetapi melaksanakannya dengan perbuatan
Aku kembali gembira dengan kehadiran dia 
Kami bahagia bersama
Aku telah memberi janjiku padanya
Alhamdulillah direstui keluarga

Harapanku, kau juga temui bahagia sepertiku
Tak pernah aku membencimu atau tidak memaafkanmu
Mukin suratan buat kita 
Jodoh itu ada tapi bukan selamanya
Aku tetap memilih dia kerana aku tenang dengan nya
Bersamamu memang mudah tetapi hatiku sentiada gundah
Aku masih cuba memperbaiki diri
Karena aku manusia biasa yang pasti bnyak kekurangan dan kekhilafan
Kau pernah memiliki hati ini dan masih ada tempatmu di situ
Tetapi dia telah menduduki hati ini sepenuhnya

Aku tetap mendoakan kebahagianmu
Apa yang tinggal antara kita tak mungkin kerana sayang
Hanya kenangan yang kadang kala menyapa
Membuatkan kita terleka dan masih mahu mencuba
Aku mencintai dia, dan aku akan memilih dia
Walau aku terpaksa bermula dari bawah
Tetapi itu adalah usaha kami untuk masa hadapan kami
Aku tinggalkan segalanya yang ada disini
Kenangan, Keindahan dan Keriangan
Dan aku akan pergi bersama dia di sana
Jauh dari bandaraya ini

Kau boleh teruskan kehidupanmu tanpa bayanganku lagi
Kerana aku tiada akan ada disitu lagi
Di tempat kita, menunggumu seperti selalu
Kerana janjiku telah kuberi pada dia
Dia yang tak pernah meninggalkan aku walau apa keadaanya
Kau pernah berkata padaku
Perempuan senang dicari, senang diganti
Jadi aku harap kau menemui perempuanmu
Kerana aku bukan lagi perempuanmu
Terima kasih atas segalanya
Kenangan indah dan kenangan pahit yang kita lalui bersama
Menjadikan aku lebih matang
Menjadikan aku apa adanya hari ini

Do what you do and you say what you say
You can wear what you want
But we still look the same



Monday, September 22, 2014

Your Company and Your Job

There a wise person once told me;

Never love your company but love your job.
Because you never know when your company will stop loving you.

I agreed because once you gave your resignation letter,
You've been treated such as nothing.
All your hard work,
All your effort,
All your contribution,
Seem nothing to them.

You just, nothing, nobody.
Only a pain in their ass!

Wednesday, September 17, 2014

Everytime

Everytime when I listening to this song
It still remind me of you and the memories just come back suddenly.
I'm feeling sad and happy in the same time.
Well, life brought us to where we suppose to be.
And we just meant to be strangers in our life.
Strangers with some memories.
Take care dear friend.

Everytime by Lincoln Hawk


Every time you walk away or run away 
You take a piece of me with you there (x2) 

Oh it seems I'm walking right to your door 
With my hearts still resting, looking for something more 
Are you ever going to see everything you mean to me? 
I'm trying really hard to believe 

Every time you walk away or run away 
You take a piece of me with you there (x3) 

Nothing feels right when I'm left here on my own 
Left last night 
It seemed like I waited too long 
Are you ever going to see everything you mean to me? 
I'm trying really hard to believe 

Every time you walk away or run away 
You take a piece of me with you there (x2) 

Come back to me 
You smile and you make my life complete 

Every time you walk away or run away 
You take a piece of me with you there (x6)

Tuesday, September 16, 2014

Rindu

Rindu itu sejenis perasaan
Kadang kadang rindu itu datang dalam bentuk gembira,
Kadadang kadang rindu itu menyakitkan,
Rindu juga membuatkan kita bahagia,
Dan ada juga ridu yang meresahkan.

Saya rindu awak!
Setiap hari saya rindu awak!
Setiap hari hati saya teringatkan awak!
Awak jauh di sana dan saya ada di sini,
Jadi perasaan yang selalu menyapa adalah rindu!

Kenpa perlu rindu?
Kalau tiada rindu adakah manusia mati?
Pada zahirnya manusia tidak mati jika tiada perasaan.
Sihat tubuh badan dan akal fikiran, cuma,
Serupa mati sebab tiada rasa yang tinggal.

Selagi ada rinduku padamu,
Selama itulah perasaan kasih masih ada.
Semai lah benih rindu sehingga bercambah serta merimbun.
Andai satu hari nanti rindu itu sudah tiada,
Tidak bermakna tiada kasih sayang dan cinta.
Mungkin sudah tidak seindah dan sekuat dahulu
Mungkin terpaksa mendahulukan tanggungjawab terlebih dahulu.

P/s: Saya Rindu Awak >_<

Sunday, September 14, 2014

It Just Me Thou

I will forgive you,but I will never forget. 
I will remember every little detail of the argument even if it was a year ago, or two.
It just me, always me, and I am like this.
I'm easy to forgive but so hard to forget!

Friday, September 12, 2014

Sebulan Cuma

Tinggal sebulan cuma
Persiapan dan persediaan serta perancangan dah sedia
Cuma tunggu masa

Semoga dipermudahkan

#Alhamdulillah #Syukur

Monday, September 8, 2014

Dua Hati Kini Berjanji

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan Allah SWT. Perancangan Allah SWT tetaplah terbaik buat kita. Perbincangan antara keluarga mengenai hari kejadian dipermudahkan lagi. Sekarang hanya tunggu hari kejadian, semoga dipermudahkan segala urusan, Tuhan, jagakan dia disana, aku di sini tetap menanti. Ringankan serta permudahkanlah jodoh kami.

Dua Hati Kini Berjanji 



Monday, September 1, 2014

Salam Kemerdekaan

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 57 tahun Malaysia tercinta.
Kau dijajah selama 446 tahun oleh kuasa kuasa besar seperti Portugis, Belanda, British, Siam dan Jepun.
Perubahan berlaku dimana sumber bumi dan juga naskah nashkah sejarah, tulisan tulisan ilmuan, serta kekayaan di bumi tercinta disedut dan di bawa balik ke negara kuasa jajahan yang menjajah.
Kuasa mutlak raja raja diganti dengan sistem berparlimen.
Penduduk asal yang majoritinya kaum melayu kini menjadi sebuah negara berbilang kaum.
Dasar pecah dan perintah yang diamalkan pada zaman pendudukan British di tanah Melayu masih dilihat kekal walaupun telah lama kita mengecap kemerdekaan.
Pelbagai halangan dan rintangan berlaku tetapi kau, Malaysiaku tetap mara bangun maju ke hadapan bersama anak bangsamu!
Semoga kau terus bangun, berdiri megah, semegah kibaran jalur gemilang!

Selamat Hari Merdeka Malaysiaku!
Aku bangga lahir di bumi bertuah ini!

Semangat patriotik tak? Hahaha antara subjek kegemaran time mengajar adalah Pengajian Malaysia dan aku memg suka korek korek asal usul sejarah, bnyak percanggahan dengan apa yang kita belajar di sekolah tapi aku masih mengajar berdasarkan sistem silibes yang ditetapkan tak nak anak anak didik corrupted otaknya mcm aku. Apabila tahu terlalu banyak informasi, kita tak pasti mana yang betul dan mana satu salah. Tapi aku tetap cintakan sejarah melayu lama dimana indahnya bahasanya, kayanya seninya, cantiknya budayanya dan aku tetap mengikut dan masih cuba mendalami sejarah secara sedalam yang mungkin!

Tanggal 31 Augus 2014, untuk pertama kali aku ke Dataran Merdeka bersama adik bujan saya dan juga ditemani adik bujang si dia, untuk pertama kalinya aku tengok live perbarisan kemerdekaan! Sangat menarik dan yang lebih menarik apabila si dia menyertai perbarisan tersebut!
Dia kan tengah dalam kem berkursus selama dua bulan dan tak boleh keluar dan kesempatan ini dapat jumpa si dia walau hanya selama kurang dari 5 minit dah cukup besar tuah.

Jaga diri kesayangan adinda, ada lagi 39 hari sebelum kanda dibenarkan pulang dan ada lagi 40 hari sebelum kita diikat secara adat, secara fiqhnya kita sudah terikat. Mungkin dari segi angka agak sedikit tetapi bagi kami yang menunggu sangatlah lama! Semoga urusan kita dipermudahkan!





Friday, August 29, 2014

I Do...

Today, been summon to the corporate office because I received parcel, and what I found is this.....





Well, I never say no to my favorite flower, and for that, YES, I DO

My Dear Muhamad Afiq Irsyad, thank you and I do love you, and yes, I will marry you........

29th August 2014


Thursday, August 28, 2014

In Between Days




Yesterday I got so old
I felt like I could die
Yesterday I got so old
It made me want to cry
Go on go on
Just walk away
Your choice is made
Go on go on
And disappear
Go on go on
Away from here

And I know I was wrong
When I said it was true
That it couldn't be me and be her
In between without you
Without you

Yesterday I got so scared
I shivered like a child
Yesterday away from you
It froze me deep inside
Come back come back
Don't walk away
Come back come back
Come back today
Come back come back
Why can't you see
Come back come back
Come back to me

And I know I was wrong
When I said it was true
That it couldn't be me and be her
In between without you
Without you

The feelings after knowing the thing

Too hurt to write about it
I almost give up
I really want to give up
I want to cry out loud
But I just couldn't
I almost give up 

Friday, August 22, 2014

#MH17 #Malaysiaberkabung #AlFatihah

Satu dunia bersedih mengenai tragedi MH17, hari ini, jasad mereka diterbangkan kembali ke tanah air untuk disemadikan. Cover page malay mail ini betul betul meruntun hati. Hari perkabungan diumumkan dan semua bendera dikibarkan setengah tiang, semua orang berpakaian yang warnanya kurang ceria dan diminta menghadiah kan Al-Fatihah dah bertakafur selama seminit pada jam 11 pagi tadi.


Selamat Kembali Ke tanah air, kalian berlepas pada 17July 2014 dan hari ini, 22 Aug 2014 kalian tiba di tanah air, doa dari seluruh dunia mengiringi kalian, semoga kalian tenang di sana. Daripada Allah SWT kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali, tiada yang kekal selamnya di dunia ini, Al Fatihah :'(


Wednesday, August 20, 2014

A Reply from Him :))

Semalam post ada puisi cinta and i send to him sbb dari dulu dh janji nak belajar menulis puisi dalam bahasa melayu kebangsaan, and he reply me...

Hati berbunga keriangan, thanks b :))

Indah sungguh bahasa,
Menikam kalbu memanggil rasa,
Hati mekar tidak terkata,
Baca warkah bahagia dari Adinda,
Cinta padamu selamanya.

Love u 

Tuesday, August 19, 2014

Bertunang, mana satu yang perlu didahulukan antara Adat Resam, Budaya, Kepercayaan & Agama?

Panjang betul tajuk macam banyak je idea yang nak tulis macam macam kannnnnn~

Well, dua malam lepas aku sedikit terluka karena masalah adat, His mom call dari kejauhan selatan tanah air sana dan berbincang serta bertanya kan pelbagai soalan berkenaan hari pertunangan kami. Baru nak tunang ja da sewabuk otak weiiii!!!!Mungkin inilah disebabkan sorang kutub utara (Johorean) dan aku sendiri dari Malaysia Darul Aman (Proud to be KEDAHrians)

Budaya negeri berbeza walau satu rumpun, aku tahu semua orang, aku dan dia, my parents, his parents and all people around us nak yang terbaik, jadi untuk puaskan hati semua orang tgu parah gila. 

Bermula dengan cincin, maybe aku ni bukan jenis yang fancy sangat pasal accessories jadi aku tak ambil kisah sangat, aku pernah ada rantai emas yang nenek aku hadiahkan sbb aku dpt masuk universiti dan rantai emas tu kena ragut, lepas tu tahun 2010 aku ada rantai emas putih baru hadiah dari husben adik aku sbb langkah bendul, dan itu je lah rantai yang tersangkut kat leher aku sampai sekarang.

Dulu zaman study aku sangat suka kan subang, subang aku pelbagai sangat dan sangat la besar besar dan daring daring tp bila dah kerja and cultural kerja mcm tak sesuai lama lama kegilaan aku pada subang hilang macam tu je dan sekarang bila dah pakai tudung, subang paku je dan satu tu je yang melekat kat sampai ke sudah.

Cincin, nenek pernah hadiah kan aku sebentuk cincin suasa batu delima (aku ni suka warna merah, letak la apa warna merah aku tend to say cantik) so aku pkai cincin tu agak lama sampai la aku tak tau mcm mana dia hilang pada hari jadi aku yang ke 19 kat rumah lama (time tu family masih dok kat jalan day), since that aku tak pernah ada cincin sampai laaa ......... (part of my life yg menyakitkan jiwa). So conclusionnya, aku memang tak berapa fancy pasal accessories sangat...

Well, he put his own effort, find the right ring and bought it by himslef, selalu kan kalau nak cari cincin tunang orang akn pergi kedai dengan pasangan, dia pilih sendiri dan pasangan bayar atau pasangan bagi duit je dan pergi lah kau cari sendiri tp formy case he did it everything, and I really appreciate it, effort yang dia letak tu cantiknya lagi dari semua cincin kot! (Cecececece tgh mood berbunga bunga chenta tera ni la ayat yg keluar kan)

Dia beli sebentuk cincin batu nilam, design old skoll sket and simple and nice sangat tetapi malangnya both parents tak approve cincin tu, mak dia kata buat malu cincin mcm tu laa and mama aku lagi teruk, dia kata macam cincin tikam!!!! He was so sad and down pasal ni and aku pulak terpaksa keluar cari cincin lain dan kalau tnya aku, aku prefer emas putih (agaknya sbb pernah kena ragut kot) so aku tend to bekenan emas putih and end up mama ckp better not sbb cultural kita lebih baik ambil emas kuning..

Ok, Alhamdulillah, settle bab cincin, now bab hantaran kahwin, mas kahwin, adat merisik dan bertunang pulak. Sekali lagi, kekangan berlaku disebabkan berlainan negeri, Melayu, rumpun yang sama tetapi tetap berbeza. Dia jawa aku campo campo ada darah melayu + siam pattani + mamak = aku le tu. Tapi masih rumpun melayu hokeyyy!!!

Aku buat some research laa pasal ni, so mas kahwin mengikut negeri seperti kat bawah

So seperti jadual dia atas (ececece bajet buku teks sekolah pulak) Negeri Kedah Jelapang Padi mas kahwin tak ditetapkan dan ikut suka hati, aku pun mintak la rantai emas sbb apa yg aku diberitahu mas kahwin tak elok belanja xtentu arah beli benda yg 'kekal' so dari aku guna duit g beli aku mintak terus rantai emas and boyfie said ok for that. So, mas kahwin pun dah lain kotttt

Hantaran kahwin pulak, yang tu la beban sebenarnya sbb duit hantaran tu la nak cover duit kenduri, pelamin, duit hantaran berdulang dulang, duit honeymoon, duit gift, etc. So rate wang hantaran kahwin pulak setakat hari ini adalah seperti di bawah.

Mulakan mengikut negeri:



Okey itu kalau mengikut negeri, tak faham pula aku apa yang mebezakan wang hantaran perkahwinan tapi agaknya kos living kot or orang johor memang poyo poyo budget singapurahhh kot? Ekekekkeke :p statement berbaur racist negeri pulop jangan marahhh  aaaaa...... 

Okey, ini pulak mengikut education yerkkkk:


Tu ler harganya ya, tak termasuk pulak lagi yang mak bapaknya kerek anak nyer dokter, engineer, loyarrr semua bagai lagi demand nye alahaiii kemain ye makcik, jual anak ke? Alahai, ini juga yang jadi kat kami berdua tak tau nak letak harga wang mas kahwin, aku faham boyfie baru twist his life 360 degree, dulu dia ada company event sendiri, well nak cari duit seribu seminggu tu boleh kira tapi kerja teruk sikit laaa but entah macam mana rezeki datang  dia dapat imigresen and kena posting KL, menagis jugak la aku time nak berpisah ari tu sebab dulu hari hari jumpa kalau dia tak outstation ni tetiba sorang dok KL sorang dok JB, wuuuuuuuuu but well we get used to it and aku rasa kalau kami selesa mcm dulu tak tepikir pun nak settle down cecepat mcm sekarang sebab yelah, selesa kan, always had each other but disebabkan kerja bertukar,life bertukar, circle pun bertukar plus income pun bertukar, biasa ada duit kat tangan he start again dengan jawatan pegawai imigresen masuk guna SPM.

So, boleh bayang ye, dah selesa dapat gaji senior exec bertahun tahun tetiba dia kena start balik dengan gaji SPM, and tetiba nak kahwin, so kami berdua dok berbincang sbb dua dua tak mboh nak buat loan bank atas banyak sebaba, boyfie pun ckp life kita bukan hanya untuk berkahwin tapi banyak lagi akan jadi especially lepas kahwin. Kami kira kira boleh la simpan sikit setiap bulan,no more new shoes for me, wuuuuuu T,T. Sambil aku update blog sempat pulak aku stalk ig jual kasut, caner  nak ikat perut ni wehhh?

So dia plan nak kahwin on  March 2015 ni, tp bila dia sembang dengan parents dia tak memasal kena tiew sbb seperti yang mak dia beritahu perempuan la boleh demand sbb ini majlis dia kalau laki tu nak dia kena la sanggup kan? (Adat tu) So lepas bincang bincang kami pun sertuju la dengan xoxo wang hantaran  berserta mas kahwin seutas rantai emas atas sebab adik aku kahwin dulu pun 10k tak termasuk mas kahwin dan adik lelaki yang bakal kahwin pada Sept 2014 ni pun bakal bini dia dapat 10k termasuk mas kahwin, tak kan la aku dapat kurang walau aku ni kakak. Setel bab mas kahwin, hantaran semua.

Now, boyfie ckp kalau boleh nak cepatkan tamau tunang lelama, March 2014, mak hokeyyyy jerkkk hikhikhik *gelak gatal. Tapi bila came back to parents seem like both of us are rushing for something and aku di tanya kenapa seolah aku memaksa boyfie untuk percepatkan semua (sedih makk sob sob) jadi kembali kepada asalan, cuba puaskan hati semua pihak, ikut jela cakap semua walaupun hakikatnya yang nak kawen tu kami kan tapi kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga, termenung lah kami berdua bila bercakap melalui phone (sebab dedua kan percintaan jarak jauh).

Berbalik pada tajuk asal, kalau kita ikut dalam islam, seorang wanita itu sudah dikira tunangan seorang lelaki apabila dia bersetuju untuk menikahi lelaki itu, cincin adalah hadiah sebagai tanda wanita itu telah dimiliki atau pun bahasa pasarnya dah kena booking

Ikut adat kita, rombongan lelaki mai rumah rombongan pompuan bawak untuk merisik dan jika bersetuju mereka akan menetapkan tarikh pertunangan dan pada tarikh pertunangan tersebut akan adanya cincin, serta beberapa dulang hantaran yang selalunya makanan serta sireh jungjung yang dibawa oleh pihak lelaki, kedua dua pihak akan berbincang tentang mask kahwin, wang hantaran, hantaran yang akan diberikan, berapa lama nak ikat tempoh pertunangan, bila nak nikah, etc dan bila kedua dua pihak setuju, perempuan tersebuat akan disarngkan cincin di jari manisnya oleh elderly (women) yang selalunya mak kepada bakal suaminya dan membalas hantaran dari pihak lelaki dan hantaran tersebut mestilah bernombor ganji (3,5,7,9....). Andai kata pihak lelaki memberi dulang hantaran sebantyak 5 dulang maka pihak perempuan mestilah membalas sebanyak 7, apa pun balasan harus lebih dari pemberian (and I still wondering why odd number and why must extra in return)

Family aku udahler koboi style je,adat pun kadang kadang tak tau, serius aku xtau camna mama abah kawen dulu tp zaman dulu kawen semua orang buatkan bukan mcm zmn sekarang kalau nak kawen pengantin sinsing lengan buat kerja. Jadi ada kalanya kami buta adat dan tak berapa tahu especially bagi johor yg agak kuat adat melayunya jadi aku turutkan semata.

Sedih pulak rasanya bila boyfie cakap kita nak buat benda baik pun tapi macam susah je, aku pun tepikir benda yang sama patut la banyak yang cabut kahwin lari kat  Siam lepas tu bayar denda je kat Majlis Agama Malaysia, sebab kalau ikut hukum mereka dah sah sebagai suami isteri tetapi mengikut undang - undang mereka masih bermasalah.

"Adat negeri kita berbeza, 
Tetapi kita semua tetap sama, 
Terhasil dari rumpun yang sama,
Aku ikutkan asal semua gembira, 
Ada kalanya kita bermasam muka, 
Hanya karena percanggahan pendapat bekenaaan adat dan budaya, 
Berkaitan perasaan hati dan jiwa sukma,
Tapi hakikatnya kita gembira kerana bakal bersama selamanya, 
Gembira kerana boleh memberitahu dunia, 
Dua hati kini bersatu selamanya,
Semoga telah tersirat di Luh Mahfuz sana,
Kau dan aku akan bersama,
Di dunia dan akhirat sana, 
Apabila tiba masanya, 
Maka harap tabah dan kuat seadanya, 
Andai ada ujian mendatang dan melanda, 
Buat benda baik permulaannya dugaan sentiasa, 
Cekallah kau wahai kesayangan adinda,
Kau ilhamkan bahagia, 
Akan tiba masanya kita bersama, 
Aku mencintaimu selamanya"






Monday, August 11, 2014

I'ts better to be hurt by the truth than been living in a lie

Hurt by the truth. Even if the scars are always there I feel oddly proud about confronting it


Erza Ibrahim

Friday, August 8, 2014

Boikot????

Seorang sahabat menasihati saya supaya menanggalkan sticker Starbucks pandu lalu sebab takut ada orang pemboikot yang extreme pecahkan cermin kereta, terus membuatkan saya terfikir, ok fine, semua orang memboikot produk israel sbb rasa itu ja dapat menolong Gaza, mengurangkan dana Israel, tapi perlu ke sampai nak menghina orang lain? Sebagai contoh, masuk McD lepas tu bawak speaker, maki hamun org lain, maki hamun pekerja McD tu sedangkan tu tempat mereka mencari rezeki, mereka ada family yg nak tanggung semua, then ambil contoh andai kata cermin kereta kena pecah sbb sticker pandu lalu McD or Starbucks or others, perbuatan tu dikira sebagai bantuan ka kekejaman? Apa yang korang dapat sebenarnya dari tindakan tersebut? Entahlah macam mana korang fikir tapi rasanya boleh tak kalau nak jatuh kan Israel tu jangan jadi macam Israel??????

The road not taken

The Road Not Taken

BY ROBERT FROST
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Poem yg aku baca time sekolah dulu, mengisahkan dalam kehidupan kita, kita selalu kena membuat pilihan, dan pilihan itu akan menentukan kehidupan kita.
Seperti juga jalan yang patut dipilih, ada kalanya jalan yg kita pilih itu, jalan mati, jadi kita perlu patah balik pada persimpangan yg awalnya.
Kadang kala persimpangan yang kita tak ambil tu dah tak wujud dan kita perlu cari jalan lain.
Ada kalanya, kedua dua jalan yg kita nak pilih itu menjanjikan kebaikan, jadi kita keliru yang mana satu harus kita pilih, kita berpendapat kita pilih yang terbaik dan kita akan datang kembali untuk ambil juga jalan yang satu lagi, tetapi malangnya jalan itu dah tak wujud sewaktu kita patah balik untuk mengambil laluan tersebut.
Tapi, itulah kehidupan, kita tak pernah dapat apa yang kita nak tapi Allah sentiasa berikan apa yang kita perlu dalam kehidupan kita.
Hari ini, 8 Ogos 2014, aku membuat satu keputusan yang tak pernah aku jangka dalam hidup aku, I will say yes to the offer and moved to JB by the end of October and start all over again and resetting my whole life again! 
It's a bit hard but I will do my best then, InsyaAllah 

Eza Ibrahim =)

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...