Saturday, September 27, 2014

Tak mungkin kerana sayang

Kenangan dan masa silam mengetuk pintu hati
Kadang kadang membawa kenangan indah
Ada kalanya kenangan pahit yang tak pernah ingin diungkit
Perasaan itu datang, membuatkan kita kurang pasti dengan perasaan sekarang
Adakah ini yang kita mahukan?
Adakah ini yang kita cari selama ini?
Kenapa baru hari ini?
Kenapa tidak sebelum ini?

Well, for me, I do believe everything happen for a reason
Mungkin ada hikmah yang kita tak nampak disitu
Selalunya tak mungkin kerana sayang
Tapi rindu pada kenangan lama
Sejarah yang pernah ada
Apa yang terjadi dan dah ditetapkan kepada kita selalunya sentiasa terbaik dari Allah SWT
I know, bila kita dah buat keputusan, dugaan dtg hanya sbb nak kita pasti pada keputusan tu
Kita manusia,  punya rasa dan perasaan yang tak pernah puas
Semoga ini yang terbaik untuk ku

Kepada masa silamku,
Kau tegas memilih haluan yang lain sebelum ini
Walau sejarah hampir menyatukan kedua keluarga antara kita
Tetapi mungkin telah tertulis di atas sana kita hanya berjodoh setakat itu
Aku memilih dia bukan keran kelebihannya
Tetapi kerana dia membuatkan aku menjadi lebih baik dari sebelumnya
Mungkin kerana kehilanganmu membuatkan aku lebih bersyukur dan menghargai orang yang sentiasa ada disekelilingku
Kau memang hanya sebahagian silamku tetapi bukan semua yang terjadi antara kita adalah past mistake.

Kalau aku tak berjumpa denganmu, aku tidak akan menjadi sesabar sekarang, sebersyukur sekarang
Aku mesti masih seperti dahulu, terlalu keras dengan segalanya,tegas dengan segalanya, hanya aku yang betul, kerana aku fikir aku punya segalanya pada waktu itu
Tetapi, apabila nikmat itu ditarik sekelip mata, saat itu ku sedar aku ini bukan lah siapa siapa
Hanya manusia biasa yang tak punya apa apa
Karena semua yang ada ini milik yang maha Esa
Kau pergi dan memilih dia, dan memutuskan ikatan yang ada, walau hampir semua cuba menyelamatkan hubungan kita, kerana kita telah membina ikatan, antara dua keluarga
Tapi apa kan daya, suratan telah menentukan segalanya
Aku hanyut ditelan arus, terumbang ambing antara hidup dan tidak
Seperti zombie lagaknya, hidup tapi tanpa perasaan
Aku memaksa kaki melangkah, pergi menjauh dari semua, semua kenangan tentang kita
Hampir hampir memilih terbang jauh mengejar ilmu di benua lain
Tetapi hati itu telah tiada, apa yang aku usahakan semua sia sia belaka
Hati meminta hanya untuk lekas mati

Sampailah aku bertemu dengan dia
Dia yang kembali menghidupkan senyumanku
Mengembalikan sinar dalam mataku
Membuatkan aku kembali percaya pada indahnya perasaan
Dia bukan hanya memberi harapan, tetapi melaksanakannya dengan perbuatan
Aku kembali gembira dengan kehadiran dia 
Kami bahagia bersama
Aku telah memberi janjiku padanya
Alhamdulillah direstui keluarga

Harapanku, kau juga temui bahagia sepertiku
Tak pernah aku membencimu atau tidak memaafkanmu
Mukin suratan buat kita 
Jodoh itu ada tapi bukan selamanya
Aku tetap memilih dia kerana aku tenang dengan nya
Bersamamu memang mudah tetapi hatiku sentiada gundah
Aku masih cuba memperbaiki diri
Karena aku manusia biasa yang pasti bnyak kekurangan dan kekhilafan
Kau pernah memiliki hati ini dan masih ada tempatmu di situ
Tetapi dia telah menduduki hati ini sepenuhnya

Aku tetap mendoakan kebahagianmu
Apa yang tinggal antara kita tak mungkin kerana sayang
Hanya kenangan yang kadang kala menyapa
Membuatkan kita terleka dan masih mahu mencuba
Aku mencintai dia, dan aku akan memilih dia
Walau aku terpaksa bermula dari bawah
Tetapi itu adalah usaha kami untuk masa hadapan kami
Aku tinggalkan segalanya yang ada disini
Kenangan, Keindahan dan Keriangan
Dan aku akan pergi bersama dia di sana
Jauh dari bandaraya ini

Kau boleh teruskan kehidupanmu tanpa bayanganku lagi
Kerana aku tiada akan ada disitu lagi
Di tempat kita, menunggumu seperti selalu
Kerana janjiku telah kuberi pada dia
Dia yang tak pernah meninggalkan aku walau apa keadaanya
Kau pernah berkata padaku
Perempuan senang dicari, senang diganti
Jadi aku harap kau menemui perempuanmu
Kerana aku bukan lagi perempuanmu
Terima kasih atas segalanya
Kenangan indah dan kenangan pahit yang kita lalui bersama
Menjadikan aku lebih matang
Menjadikan aku apa adanya hari ini

Do what you do and you say what you say
You can wear what you want
But we still look the same



No comments:

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...