Saturday, November 8, 2014

Materialistik VS Hipokrit

Sewaktu makan malam bersama tunangan saya, ada couple kt meja sebelah yang mana perempuan lagi tinggi dari lelaki.
Lepas tu tunang saya pun cakap, " Murah rezeki dia, dapat gf tinggi,"
Couple tersebut berjalan ke kereta mereka, toyota.
Saya pun cakap, "murah rezeki dia, sebab tu dia pakai toyota", sambil sengih kerang
Lepas tu terus tunang saya cakap, "awak ni materialistik kan?",
Saya jawab, "saya memang materialistik", dengan jujur
Dia tanya saya" habis tu kalau dah materialistik kenapa pilih saya. Saya kan pegawai kerajaan cabuk je",
Saya buat muka tak ada perasaan dan jawab,"sebab awak orang gomen la saya pilih awak, long time investment",
Dia terus ketawa terbahak bahak sambil cakap, "patut la time saya kerja event dulu awak tak pernah cakap nak settle down dengan saya tapi bila dah jadi pegawai kerajaan awak setuju je bila saya ajak awak kahwin", sambil konon konon buat muka merajuk, bajet comel

Sebenranya, pada pendapat saya tak salah kita nak jadi materialistik asalakan kita tahu tahap kemampuan kita, jangan lebih dari apa yang kita ada untuk berbelanja. Jangan jadi seperti "biar pape, asal bergaye",
Mungkin istilah tu boleh diguna pakai zaman dahulu di mana air suam free, sambal free tp sekarang air suam pun ada yang charged RM 0.80 kot!!! Nak bergaya lepas tu dok rumah? Hahahaha

Apapun biar Materialistik dari Hipokrit sebab si Materialistik ni kita masih boleh percaya dan boleh lepak dengan dia cuma dia dalam dunia syok sendiri yang dia rasa dia sangat best atas segala material things yang dia ada berbanding dengan si Hipokrit yang tak pasti apa sebenarnya dia nak, dia buat dan tujuan hidup dia dan orang macam si Hipokrit ni sangat lah bahaya kerana dia ni boleh kacau bilaukan hubungan kita dengan kawan², rakan taulan, sahabat handai, saudari saudari, ahli keluarga, adik beradik dan sebagainya.

Jadilah Materialistik yang berhemah daripada Hipokrit yang beracun dalam kehidupan

xoxo 

No comments:

Memories

It's funny when all those little stupid thing that you've uploaded and deleted still remain there. Internet never delete it after al...