Sabar aku ada hadnya
Aku juga manusia biasa
Bukan selamanya dapat menahan rasa
Bukan selalu hanya memendam rasa
Apabila sampai satu tahap
Aku dah tiada rasa
Mungkin itu agaknya kau mahu
Aku seumpama patung bernyawa
Yang hanya mengikut kata
Asalkan kau bahagia
Tanpa peduli apa aku rasa
Apa kata kau pilih jalanmu sahaja
Tinggalkan aku begini sendiri
Kerana kau pentingkan dirimu cuma
Tidak pernah mahu fikirkan aku
Yang terbuang di daerah sepi ini
Apa yang ada kini hanyalah aku
Seorang yang terbuang
Di daerah sepi
1 comment:
Jangan rasa terbuang
kau sangat berharga
maafkan atas kesalahan
haram bagiku biar berulang
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Post a Comment