Tanggal 11 October 2014 bersamaan 15 Zulhijjah 1435, nenek, Fatimah Binti Desa menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu berkumandang azan maghrib, tapi disebabkan pada waktu itu, Dr in charge tak ada kat kawasan hospital dan hanya tiba minit minit berikutnya, waktu kematian yang disahkan adala pada pukul 7.50 pm. Al- Fatihah buat arwah nenek. 10/10/14 lepas tahu nenek admitted ke ICU, aku terus booked flight ticket dan terus rush balik ke Penang, nenek admitted di KPJ Bukit Mertajam, Bandar Baru Perda, Pulau Pinang. Adik perempuan, sepupu. makcik terus menangis, mama terus lari ke surau, maybe tak mau orang tengok keadaan dia sbb mama kan 'iron lady'.
Hospital terus mandikan nenek (mandi biasa bukan mandikan mayat yang mengikut hukum syarak) dan bungkus nenek dengan kain putih, aku dan adik bongsu ikut nenek naik van jenazah balik ke kampung di Bagan Serai, Perak. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama tak sampai sejam tu, aku pegang kaki nenek yang aku rasa makin sejuk dan sejuk dan sejuk sambil baca Al-Fatihah tal berenti, adik bongsu pulak pegang bahagian tangan nenek.
Sampai je semua benda dah sedia sebab dah maklumpada orang kampung. Actually pada waktu tu aku memang sehelai sepinggang dengan jeans dan tshirt mama yang aku rembat dengan jayanya.
Sampai je terus place nenek kat atas katil yang disedia kan dan sibuk la org org kampung suruh tudung nenek dengan kain batil lepas sehingga paras dada dan tutup muka nenek dengan selendang putih. Aku dan adik bongsu terus mula membaca ayat suci Al-Quran sementara tunggu makcik pakcik menakan, sepupu sepapat, adik beradik dan mama abah yang naik kereta asing asing. Kami sampai awal sebab naik van jenazah.
Orang Orang kampung dah mula memenuhi rumah nenek dan mula menyedekahkan ayat ayat suci Al-Quran pada nenek.
Lepas semua beradik beradik sampai, aku mandi dan sarung kain batik serta baju kedah (baju harian nenek) dan lepas gilir gilir dengan sepupu sepapat membaca ayat ayat suci Al-Quran pada nenek aku terlelap awal pagi pukul dua atau tiga pagi.
Pagi keesokan nya mama dah bawak extra baju kurung untuk aku dan pagi lepas mandi terus sambung bacaan untuk nenek ganti sepupu yang tak tidur semalaman.
Kata mereka, nenek balik semalam sebab terbau bau yang sangat wangi pada sepertiga malam sewaktu mereka membaca ayat ayat suci Al - Quran.
Urusan nenek agak dipermudahkan di mana, orang yang mandikan jenazah tiba tepat pada waktunya, aku ikut serta mandikan nenek, pengalaman pertama sebenarnya, mama, anty liza (makcik), baby sue (sepupu), cida (adik perempuan), along ana (makcik), nani (sepupu) sama sama turut memandikan dan turut serta dalam proses mengafankan nenek.
Aku orang pertama yang cium dahi nenek sebelum depa tutup muka nenek.
Lepas tu terus orang masukan nenek dalam keranda dan bawa ke surau untuk disembahyangkan dan terus ke kubur untuk di kebumikan, semua adik adik lelaki ikut serta tapi kami yang perempuan dihalang pergi ke kubur dan aku ngan mama pergi ke balai polis untuk buat laporan kematian.
Alhamdulillah, jodoh nenek dan atok sangat kuat. Atok meninggal pada tahun 1999 dan tak tahu macam mana kubur nenek betul betul sebelah kubur atok, dah macam pengantin.
Urusan nenek semua dah selesai Alhamdulillah.
Cakap belakang; time aku tengah sibuk gunting kain kafan adik perempuan duduk sebelah katil nenek, ada orang kampung tengah gossip; 'arwah meninggal dalam ambulance, otw balik kampung' sedangkan nenek meninggal atas katil hospital! Lepas tua adik perempuan sampuk dan cakap bukan, dia meninggal kat hospital, then dia persoalkan adik perempuan pulak dan tnya, 'hang sapa'
Situasi kedua di mana orang kampung datang berduyun duyun dan cakap kat mama (maybe dia tak tau mama waris) kami mai nak tengok jenazah dari hospital orang kaya. Marah betul aku bila dengar situasi tu tp bila fikirkan semua dah selesai aku jadi cool balik.
Aku tak menangis langsung sampai lah nenek siap dikapankan, aku masuk bilik nenek dan tiba tiba kenangan dengan nenek semua terbayang dan aku terus menangis,
Nenek,terima kasih kerana besarkan kakak, masak kan yang sedap sedap kat kakak, hadiahkan rantai emas pada kakak sebab kakak dapat masuk university, hadiahkan cincin suasa batu delima untuk kakak, selalu ada dengan kakak time kakak down. Nenek kadang kadang senyap senyap bagi duit belanja kat kakak tanpa mama tau bila kakak balik kampung tapi tak bagi habaq kat mama, nenek akan buatkan kakak agar agar kering kesukaan kakak dari kecik bila tiba raya, sapa pun tak boleh lawan masakan nenek walau hanya sambal ikan temenung cuma. Kakak relakan nenek pergi sebab kakak tak tahan tengok nenek terlantar macam tu. Semoga nenek tenang di sana, kakak pun bakal menyusul bila tiba masanya. Kakak sayang nenek sangat sangat.
In Loving Memories
Fatimah Binti Desa
04 May 1935 - 11 October 2014